Thursday, 29 November 2012

Hitam putih

anak aku tak putih. agak gelap kulit dia. aku pun takde la nk dia putih sgt. tapi biasa la.. org sekeliling sedara mara, kawan2 dan termasuk mak aku sendiri biasa cakap yg anak aku gelap tak ikut kulit aku.

Well, bagi aku, gelap ke cerah ke kulit kita, takde beza pun. aku bersyukur sgt anak aku sihat, tak sakit dan tak berpenyakit. alhamdulillah... kalau kulit cerah/putih dan asyik kena masuk spital/sakit pun kau senang hati ke? aku tak kisah org tak cakap anak aku cute ke ape. yg penting Syarif tetap cute sokmo kt mata aku. aku sayang anak aku. Sape tak sayang anak woi.. ingat nk beranak tu tak sakit ke? mengandung lagi, bawak kehulu kehilir... mmg tu anak kita kan.. syukur sgt aku rasa sbb diberi peluang jadi mak.

aku cuma pelik dgn statement 'takpo la gelap sikit pong, ore jate' (baca dlm slang kelate). eh, kalau laki gelap sikit pun takpe.. kalau aku dapat anak perempuan ari tu, apekah agaknya statement yg keluar dari mulut2 itu? aku sungguh tak paham.

Dulu masa aku kawin, setahun jugak la aku takde isi (tak pregnant)... huhu mmg pedih jugakla telinga ni nk dengar org bercakap/tanya kononnya prihatinnnn la sgt kannn... pastu alhamdulillah ada rezeki kami, aku pregnant dan dapat anak lelaki.

ermmm pasal anak lelaki pun ada jugak kisah dia..

Aku tak sure la kenapa sesetengah org nk anak sulung anak perempuan. bagi aku aku suka kalau anak sulung anak lelaki. sebab boleh protect family..tapi aku tak kisah pun kalau anak sulung aku perempuan. Tapi statement sesetengah org tu membuatkan aku rasa mcm tak patut. ermm 'dapat baby boy ke? takpe la adik dia nanti girl'. 'baby boy? ermm tak habis la duit nenek dia beli rantai/gelang emas'... dgr tu, what???????

Eh, dah dapat anak tu kira bersyukur sgt dah. ramai kt luar sana belum ada rezeki kannn. tak payah nk cakap mcm org tak skolah...

walau apa pun org cakap, aku pedulikkk ape.......

Wednesday, 28 November 2012

Remote astro

yeay dah dapat....
Peminat remote astro....

Tuesday, 27 November 2012

Aktif sgt dah....

kemain aktif dia sekarang ni...
Sekarang ni aku nk mandi 3 minit pun rasa gelisah je.. sebab syarif dah aktif menyulur kesana kemari. sekejap je dah sampai kt sliding door. kejap je dah kt rak tv. kejap je dah kat rak charger.. huhu risau weh. ditariknya rak tu.. boleh jatuh atas badan dia..huhu

sekarang aku masuk bilik air, gosok gigi, lepas tu bukak pintu jenguk dia.. pastu sambung shower basahkan badan, pastu keluar jenguk dia, kalau agak2 dah dekat dgn rak, keluar la tarik dia suruh duduk atas toto. pastu sambung mandi... weh, mencabar giler rasanya. tu yg tak sabar nk beli walker tu.

tapi aku mcm serba salah lgi nk beli ke tak walker nih.. tgh pikir perlu ke tak

waktu skg ni aku rasa sgt perlu... waaa nk nangis rasanya kalau aku kt dapur, kejap2 dia kt bawah meja ...huhu

Sekarang tgh sale..  weekend ari tu tgok kt jusco, murah sgt. berbaloi la kot. kalau tak guna sgt pun boleh let go. Abang, jom la beli walker....hehe (mcm la husband aku baca blog aku kannnn) ;p

Monday, 26 November 2012

fenomena durian crepe

yummy yummy...
Sedap. aku suka sgt....

Sekarang semua org tgh giler makan durian crepe. pegi mana2 pun org bercakap pasal durian crepe. mula2 aku mcm tak minat sgt. tapi sebab ramai sgt org suka, aku pun nk jugak cuba.. mula2 member office bagi rasa sebiji (2 ringgit sebijik)...

pastu balik rumah ckp dgn husband.. hari jumaat ari tu aku beli nk suruh dia rasa... mmg sedap la...

hari ahad pegi rumah sepupu husband, dia bg resepi... takde la susah sgt.. tu pun kalau aku tak malas la..kahkah ;p

Jatuh katil...duh!

kesian budak ni..huhu aku rasa sgt bersalah :(
Kejadian di hari sabtu. awal pagi (awal la sgt kan ;p). Ye la sabtu kan hari cuti, lepas subuh kitorang nk golek2 atas katil malas nk bangun. sebab rasa badan penat sgt..

Husband plak tido lewat buat kerja ke tgok bola, aku pun tk ingat,..hehe. so mmg payah la nk bangun awal. aku plak nk rehat2 sakit blakang tak habis2..

aku mmg sedar syarif dah bangun tapi aku tepuk2 dia suruh dia tido balik tapi mana nk tidonya...

so, aku tak assume la dia menyulur sorang2 sampai boleh jatuh.. huhu. sedang elok aku sambung tido, tiba2...

dang....bunyi kuat. husband aku terkejut dan mmg aku pun terkejut siap nak nangis tgok syarif dah kebawah.. dia nangis sikit je.. nangis sebab terkejut jatuh, bukan sebab dia sakit. aku yg mamai2 ni terus ambik dia peluk gosok2 sket dan pujuk dia. pastu dia boleh senyum2 plak. gelak je dia lepas tu. kitorang yg risau lebih. lepas dah tuam bengkak, nampak dah ok sket. cuma ada kesan kt dahi tu. dia pun tak muntah or tunjukkan apa2 kesan, so aku tak bawak pun pegi klinik. dia aktif macam biasa je..

alhamdulillah takde apa...

Tapi pengajaran sgt aku rasa. sekarang ni, aku dah tak boleh tido kalau syarif tak tido. or aku kena bangun bila dia bangun tido. please la. penat  mcmne pun aku kena jugak. sebab tak nak benda mcm ni jadi lagi. aku ras ank marahkan diri aku snediri sebab syarif jatuh. uwaaa......

aku suka tgok syarif tido.. dan aku selalu tanya adakah aku dah memberikan sepenuh kasih sayang aku??

Friday, 23 November 2012

Bubur kacang hijau dgn durian..yummy

teringinnnn sgt2.... balik nti nk suruh husband beli barang2.. nk try buat. pertama kali ok nk cuba buat. aku tak pernah buat pun sblum ni. harap2 jadi...

Tudung online fesyen terkini

first time pakai shawl lilit... tak jadi cun mcm org lain pakai pung...uwaaaaa
aku tak pandai ikut fesyen tudung ni. apatah lagi nk belit2 bagai. so mmg aku prefer pakai je lah bawal. tudung bawal aku banyakkk la jugak. so duk pakai yg tu la sampai skg. sgt2 tak up-to-date kan aku nih ;p

setiap kali aku sarung tudung instant tu, husband aku mesti ckp aku mcm makcik.. ermmm tu la sebab aku tak pakai sgt.. well, dia takdela ckp terang2 aku mcm makcik... but adalah bunga2 yg bermaksud sedemikian..huhu

bila nk try shawl lilit2, skg adalah masa yg tak sesuai sbb anak aku dah pandai tarik2 tudung aku. aku pakai bawal pun sekejap je dah jadi belacan. inikan pula shawl lilit bagai kan.. entah jadi ape la kalau aku pakai.

Skg ni aku tgh pikir nk pakai tudung tanpa brooch. sebab Syarif dah pandai nk tarik2 brooch aku. dia dah berkenan sgt kt brooch. uwaaa.....how? how?


Tuesday, 20 November 2012

sejuk dan hujan dan baju yang tak kering

skg ni asyik hujan je kan.. best sebenarnya sebab tidur adalah super duper lena..

Tapi, time hujan ni, basuh baju selalu tak kering. eh, bkn tak kering tapi kalau dah sempat kering tghari, ptg mesti hujan, so basah balik.. kalau time2 gini, terfikir best kalau ada helper kt rumah. boleh tolong angkat baju kt ampaian, lipat baju, iron baju, kemas rumah dan sebagainya...eh, lebih2 plak. tadi cakap pasal baju basah kt ampaian je kannn...hahhaha over tau ;p

Bila baju tak kering, mlm kena sidai kt dlm rumah. so, dlm rumah dah rupa kedai dobi dah.. pastu kerja2 melipat baju jd delay. dgn baju sendiri, baju husband dan baju anak.. sekali nk lipat, dah jadi segunung... oohhh terus rasa nk beli washing machine yg boleh terus kering dan lipat tu. pdahal anak baru sorang. baby lagi pun. bukan dah skolah. ermm kalau dah skolah, dgn baju skolah lagi...  huhu wahai ibu2, saya sgt kagum dgn anda...




Menangissss

semua org ckp budak ni bam bam..hehe
Sekarang ni (semalam dan hari ni), hantar nurseri je dia nangis... sedih dan pilu pulak rasanya. mesti Syarif tak puas duk dgn ummi dgn abah.. dah berkepit seminggu mmg payah la nk g nurseri.. tak sampai hati..ada jugak yg meinitis air mata kang.. padahal hantar anak je pun..kahkah ;p

Sekarang ni Syarif pandai sgt buat2 nangis.. mcm2 pesen la dia nangis. nak minta perhatian kononnya..

Kadang2 tghmandi pun nk kena jenguk dia kt hall.. takut kang dia pegi kt meja n tarik pelapik meja. makin aktif syarif skg ni. kalau pegang pu kena kuat takut dia nk melonjak. ada yg terlepas kang :)

Takat ni perkembangan alhamdulillah. walaupun kdg2 jumpa org, dia ckp anak dia sebaya syarif dah merangkak. but aku rasa tak semua baby sama. ada yang cepat ada yg lambat. takyah nk pikir sgt punn..

Monday, 12 November 2012

Love bites sgt..

kesiannya anak ummi...
Jumaat malam, balik kerja around 7pm mcm tu, ambik Syarif dari nurseri. dah la dia demam teruk 3 hari.. too bad rasanya sebab kena a.k.a terpaksa meninggalkan anak yg demam kt nurseri kan..

malam tu, ambik dia tgok ada kesan kt pipi. yes, mcm kena gigit. tapi husband mcm tak percaya. dia ckp kena kesan bantal ke ape sebba dia tido meniarap. tapi mmg kuat sgt kesan tu. aku mcm tak puas hati jugak la. rasa nk call babysitter tu time tu jugak. tapi biasala husband kan lebih tenang..huhu

so, sampai hari ni aku tak tanya pun budak pengasuh tu. sebab pagi tadi rushing sgt nk keja masa. aku rasa lewat dah keluar rumah. aku tak nk dapat warning letter... sebab last week aku dah 2 kali lewat dtg kerja. bukan  lewat ape, sebab jem.. lewat pun tak sampai 30minit. tapi still lewat. 

bukan aku bangun lewat pun..kadang2 aku dah siap dah by 7am tu. tercongok jer tunggu husband aku bersiap. well, dia bersiap lama ok... mengalahkan perempuan.

nanti aku buat entri rutin weekdays aku plak.. biasa pukul 5.30 or 5.40am aku dah bangun.. bila pukul 7 aku dah rasa mengah mcm buat exercise atas treadmill selama 30minit....

Friday, 9 November 2012

Kurus ke gemuk ke..

Aku cukup tak paham kalau org kurus (yg mmg kurus keding) asyik la duk cakap dia gemuk. tang mana gemuk pun aku tak pasti. tapi yang pasti aku akan geli bulu telinga kalau dengar. dah la asyik duk ulang bgtau yg dia gemuk gemuk gemuk gemuk.. tuhan dah bagi kau kurus, bersyukur je lah. kau nk kurus mcmne lagi aku pun confius. kalau tuhan tarik balik 'kurus'kau tu, sekejap jer weh.

kang esok bangun pepagi kau menangis la tgok cermin yg kau dah gemuk. dah time ni lah kau mula nk meracau aku dah 'kurus'..... ermmm mcm2 jenis manusia.

tak payah la kau nk kurus sgt. mcm geli telinga dgr. sedangkan semua org pun ckp yg kau kurus. kenapa terlalu nk KURUS tu? tak paham!

Statement aku mcm aku jeles je kan. tapi mmg hakikatnya aku xleh dgr kalau org yg terlalu duk bising2 dan ckp ulang2 yg dia dah gemuk walhal....huhu

Gemuk kle kurus ke, janji bahagia dan happy.. alhamdulillah. takyah nk keterlaluan sudah. kurus sgt pun tak sihat. gemuk sgt pun tak sihat. sedang sedang sudah..

Thursday, 8 November 2012

Demam loh

Budak kecik :)
Bila anak demam, maka maknya turut la pening kepala. akibat tak cukup tido, tak cukup makan (eh ye ke ;p), tak cukup rehat, tak cukup iti dan tak cukup ini. Dgn berat hati meninggalkan anak kt nurseri.. huhu apa nk buat. terpaksa beb. Aku mmg rasa nk nangis je meninggalkan anak demam kt tempat jagaan. macamana diorang jaga pun kita tak tau....

Yang aku tahu esok jumaat. Welcome Saturday.. nk spend time dgn si kecik. harap2 dia sihat. risau risau risau sgt sebab dgr mcm dia lelah/berkahak... org lain jaga, kau ingat dia ambik kisah ke anak kau sesak napas ke ape? huhu... sabarlah duhai hati.

Jiwa mmg tak tenteram je kt opis ni. Dgn masalah kerja yg tak sudah2nya... malas aku nk layan. semua org nk backup diri sendiri. yg dia tau tunding jari kt org lain...STRESSSSSSSS tahap max dah ni.




Tuesday, 6 November 2012

Masak

Aku suka baca blog org memasak. entah kenapa ntah. maybe sebab diorang semua kreatif2 kot. Cantik dimata dan maybe nampak sedap kot.

Aku adalah jarang giler nak masak. yes, even aku dah kawin dan dah ada anak, aku sgt2 jarang masak. bila masuk dapur pun dgn husband aku. husband aku yg masak. aku tolong2 gitu2 jer. dia yg konker dapur. apa yg aku buat kt dapur hanyalah...masak nasi, potong bawang, blend bawang atau mayang bawang, basuh pinggan mangkuk yg husband aku dah guna utk memasak. Ermmmm pastu aku akan buat air. Teh 'o', milo or nescafe. Apa saja yg husband aku nk minum.

Sebab tu aku tak pandai masak. Pastu bila husband aku outstation, aku mula la terkial2 sebab aku dah lama giler tak 'pegang' sudip or kuali. sampaikan nk masukklan ape benda (bawang/cili boh/apa2 saje lah) dulu pun aku terkial2. But, aku belasah je. sebab yg makannya aku sorang je kan....huhu.

Tapi... aku rajin giler nk masak makanan baby a.k.a puree. aku kalau boleh tak nak anak aku makan puree yg dlm botol tu. kononnya lah kan... hahahaha.. harap2 mmg aku akan rajin sehingga anak aku boleh makan makanan biasa.


Kerjasama itu sgtlah penting

sharing is caring:)

Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

♥ SUBHANALLAH...Indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya..^_^

♥ Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)

~ same2lah kite berMUHASABAH ~
 
Ni aku petik sebijik2 dari FB kawan aku... just sharing :)
 
Aku mmg percaya yg pembentukan peribadi anak bergantung kpd cara kita (makbapak) yang membesarkannya. Dan aku sgt bercita2 nak membesarkan anak aku dgn sepenuh kasih sayang. Mendidik seawal dia masih kecil. Dan aku juga percaya semua mak bapak pun nak yang terbaik utk anak mereka. kecuali mak bapak yang dah awal2 buang anak mereka ke dlm tong sampah. bodoh punya manusia..

Monday, 5 November 2012

Assalamualaikum

Assalamualaikum....
Bukan pertama kali berblog tapi ni post pertama sejak bertahun tak berblog... so, new environment, new blog, new ME :))

Alhamdulillah, terdetik hati nk jugak bukak blog baru. Bukan ape, ada lah few reason nk bukak blog. Bukan aku ada masa sgt nk menaip. ni pun curik2 masa lunch hour.

Dah jadi mak org nih mmg xde 'me' time langsung. At least nanti baby dah besar sket ok kot. Semua moms pun gini kan. Ni realiti bukan nk mengeluh ke ape.... Syukur sgt diberi peluang menjadi ummi.

Memula pikir mmg dah tak nk dah bukak blog2 bagai nih. sekadar nk baca blog org lain jer... ok. dah. membebel plaks ko kan..